Monday, May 7, 2012

Karnival Sukan dan Permainan Pra-Universiti Peringkat Daerah Tenom

Tempat : SMK Tenom
Tarikh : 2 Mei 2012

Pendahuluan :
Program Karnival Sukan dan Permainan pelajar-pelajar Pra-U ini merupakan salah satu aktiviti untuk meningkatkan penglibatan para pelajar pra-U dalam kokurikulum khususnya di peringkat daerah. Program ini dirasakan penting untuk membentuk pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti di luar bilik darjah.

Matlamat :
Membentuk dan melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berketrampilan, berwibawa, berkeyakinan, bertanggungjawab dan mempunyai semangat berpasukan.

Objektif :
Melalui program ini, diharapkan para pelajar akan dapat :
1. melibatkan diri secara langsung di peringkat daerah.
2. melibatkan diri sebagai urus setia dan pengelola dalam sesuatu program.
3. memperoleh markah yang lebih khususnya dari segi penglibatan dan pencapaian di peringkat daerah.

Rasional :
 Pelajar-pelajar pra-U peringkat daerah Tenom khususnya dan Sabah amnya amat sukar memperoleh markah dari segi pencapaian di peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan. Oleh itu, program ini adalah sebahagian daripada usaha awal untuk memberikan ruang kepada para pelajar pra-U melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di peringkat daerah, bahagian dan negeri.

Sekolah yang terlibat :
1. SMK Tenom
2. SMK Kemabong

Pertandingan :
1. Bola Sepak
2. Bola Jaring

Keputusan Pertandingan :

1. Bola Sepak
Johan : SMK Tenom Team A
Naib Johan : SMK Kemabong
Ketiga : SMK Tenom Team  B

Penjaring Terbanyak : Mohd. Afrizal (SMK Tenom)
Pemain Terbaik : Boniefacio Gerald Banad (SMK Tenom)

2. Bola Jaring
Johan : SMK Kemabong
Naib Johan : SMK Tenom Team A
Ketiga : SMK Tenom Team C
Ke empat : SMK Tenom Team B

Penjaring Terbanyak : GS SMK Kemabong
Pemain Terbaik : Kiatey Julan ( SMK Tenom)



(c) Cmels 2012


            

No comments:

Post a Comment