Monday, May 7, 2012

Karnival Sukan dan Permainan Pra-Universiti Peringkat Daerah Tenom

Tempat : SMK Tenom
Tarikh : 2 Mei 2012

Pendahuluan :
Program Karnival Sukan dan Permainan pelajar-pelajar Pra-U ini merupakan salah satu aktiviti untuk meningkatkan penglibatan para pelajar pra-U dalam kokurikulum khususnya di peringkat daerah. Program ini dirasakan penting untuk membentuk pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti di luar bilik darjah.

Matlamat :
Membentuk dan melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berketrampilan, berwibawa, berkeyakinan, bertanggungjawab dan mempunyai semangat berpasukan.

Objektif :
Melalui program ini, diharapkan para pelajar akan dapat :
1. melibatkan diri secara langsung di peringkat daerah.
2. melibatkan diri sebagai urus setia dan pengelola dalam sesuatu program.
3. memperoleh markah yang lebih khususnya dari segi penglibatan dan pencapaian di peringkat daerah.

Rasional :
 Pelajar-pelajar pra-U peringkat daerah Tenom khususnya dan Sabah amnya amat sukar memperoleh markah dari segi pencapaian di peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan. Oleh itu, program ini adalah sebahagian daripada usaha awal untuk memberikan ruang kepada para pelajar pra-U melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di peringkat daerah, bahagian dan negeri.

Sekolah yang terlibat :
1. SMK Tenom
2. SMK Kemabong

Pertandingan :
1. Bola Sepak
2. Bola Jaring

Keputusan Pertandingan :

1. Bola Sepak
Johan : SMK Tenom Team A
Naib Johan : SMK Kemabong
Ketiga : SMK Tenom Team  B

Penjaring Terbanyak : Mohd. Afrizal (SMK Tenom)
Pemain Terbaik : Boniefacio Gerald Banad (SMK Tenom)

2. Bola Jaring
Johan : SMK Kemabong
Naib Johan : SMK Tenom Team A
Ketiga : SMK Tenom Team C
Ke empat : SMK Tenom Team B

Penjaring Terbanyak : GS SMK Kemabong
Pemain Terbaik : Kiatey Julan ( SMK Tenom)



(c) Cmels 2012


            

Monday, April 23, 2012

Gambar hari pertama perkhemahan

Kasihan...hujan turun sedangkan khemah belum siap ..
                                                                             
Semangat perkhemahan tetap membara walaupun hujan

Berkhemah ke atau apa ni cikgu?

Kenapa tong gas tiada lubang ni...macam mana mau sambung

Kamilah peserta khemah yang paling santai


Karnival Sukan Dan Permainan Pra-U

Karnival sukan dan permainan pra-u peringkat daerah Tenom akan di adakan di SMK Tenom pada 2 Mei 2012. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak dan bola jaring. Diharap pelajar yang terlibat bersedia dan berlatih bersungguh-sungguh.

Monday, April 16, 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Pertandingan kawad Kaki peringkat sekolah antara kelab-kelab beruniform sekolah Menengah Kebangsaan Tenom akan diadakan pada;
                                              19 Apri 2012 bersamaan hari Khamis.
                                               Jam 2.00 petang
                                               Giliran persembahan kawad; 1. Kadet Bomba
                                                                                           2. Kadet Remaja Sekolah
                                                                                           3. Persatuan Bulan Sabit Merah.

Hadiah

1. Johan ; Hamper dan Sijil penyertaan kepada setiap peserta
2. Naib Johan : Hamper dan Sijil penyertaan
3. Ketiga  : Hamper dan Sijil penyertaan
4. Komanden Terbaik : Hamper dan Sijil


Diharap semua kelab yang terlibat berlatih dan bersedia.



Tq.
 

Wednesday, April 11, 2012

Buletin Pra-U SMK Tenom

Sila masukkan gambar aktiviti perkhemahan GO dan NGO dalam folder pengurusanF6 untuk diterbitkan dalam buletin bulan Mei. para pelajar juga boleh menghantar karya / penulisan kepada AJK Pra-siti supaya boleh diterbitkan dalam buletin berkenaan.

Perkhemahan Kokurikulum SMK Tenom 2012

Maklumat Perkhemahan Unit-unit beruniform;

 1. Perkhemahan Kokum Pra-U tahun ini akan diadakan pada 13-15 April 2012 di Padang ragbi SMK Tenom serentak dengan perkhemahan KBSM.

2. Semua ahli kelab uniform wajib menyertai perkhemahan ini.

3. Kelab uniform yang terlibat ialah PBSM, KRS dan Kadet Bomba.

Sekian terima kasih.

Penyelaras Kokum Pra-U

Makluman Biasiswa Pra-U 2012

Pelajar-pelajar Pra-U yang masih belum mengembalikan buku akaun biasiswa, sila kembalikan buku akaun anda selepas membuat pengeluaran untuk tujuan kemas kini data untuk kemasukan wang bagi 2012.  Harap maklum

Lahirnya Blog Pengurusan Tingkatan 6

Setelah sekian lama memikirkan untuk mewujudkan blog yang berkaitan dengan pelajar Pra-U, akhirnya hari ini blog ini berjaya dibangunkan dengan bantuan beberapa orang guru. Sebagai pentadbir, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat. Semoga blog ini mampu menyebarkan pelbagai maklumat yang ada kaitan dengan pelajar-pelajar dan guru-guru Pra-U SMK Tenom.


Sekian terima kasih.

Admin.